Showing posts with label kelab catur. Show all posts
Showing posts with label kelab catur. Show all posts

Friday, September 5, 2008

Pusingan Separuh Akhir

Empat peserta terbaik telah masuk ke pusingan Separuh Akhir. Mereka adalah Fata, Tomo, Likin dan Sukiman.

















Gambar di atas adalah gambar Fata yang diambil semasa perlawanan Separuh Akhir. Fata telah tewas game pertamanya dan seri dalam game keduanya. Pada game terakhir dia tewas lagi di atas tangan lawannya iaitu Likin.

















Gambar ini adalah Likin. Beliau telah masuk ke pusingan Akhir yang akan berlangsung pada 06-09-2008, jam 8:30 malam iaitu selepas waktu berbuka puasa.

Peserta-peserta separuh akhir yang kedua adalah antara Sukiman dan Tomo. Keputusan perlawanan berikut adalah; Sukiman menewaskan pencabarnya dengan keputusan 2-0.

Sukiman akan bertemu dengan Likin di Pusingan Akhir pada hari Sabtu 06-09-2008, jam 8:30 malam di Warung Bajet, Taman Segar.

:)

Thursday, September 4, 2008

Pertandingan Catur Bajet 1

Kelab Catur Bajet akan menganjurkan satu pertandingan catur iaitu Pertandingan Catur Bulan Ramadan (*juga dikenali sebagai Pertandingan Catur Bajet 1) di Warung Bajet, Taman Segar, Cheras pada hari Jumaat 05-09-2008, jam 8:30 malam iaitu selepas waktu berbuka puasa untuk orang-orang muslim.



Pertandingan ini diadakan untuk mencari Juara Catur Bajet 1. Seramai 16 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan catur ini. System yang digunakan adalah system 'Kalah Mati'. Cabutan undian akan diadakan pada jam 8:30 malam ini.

Presiden Kelab Catur iaitu Encik Madrasa telah bersetuju menjadi penganjur perlawanan ini. Memandangkan ini adalah pertandingan catur yang pertama di Taman Segar; yuran pendaftaran hanyalah RM3.00 sahaja bagi setiap peserta.

Hadiah-hadiah menarik akan diberikan kepada Juara Catur dan Naib-Juara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya
melalui e-mail :timlck@hotmail.com

Terima Kasih.
Setiausaha Kelab Catur Bajet

:)