Friday, July 10, 2009

Kelab Catur Bajet - Kota Damansara


Berhubung dengan perkara diatas, Kelab Catur Bajet (Kota Damansara) akan diadakan untuk penduduk-penduduk kawasan Damansara terutamanya Kota Damansara, Mutiara Damansara dan Damansara Perdana. Kepada sesiapa yang berminat untuk bermain catur selepas waktu berkerja, sila hubungi Ah Leong (elo1945) untuk maklumat lanjut.

H/p: +60192031882 (sms untuk menyatakan nama anda dan kelab catur)

The forming of a new "Chess Club" in Kota Damansara area...

Join me now for a new chess experience of a life-time...

No joining fee; just bring along your chess sets...

Also available chess tuition for U12, U10 & U18...

Wednesday, February 18, 2009

Pemain-pemain catur terbaik di Taman Segar

TOP 10 - Pemain-pemain terbaik di Taman Segar.

Berikut adalah permain-permain catur yang terbaik dan paling aktif di Taman Segar. Kalau anda nak berlatih sila ke alamat yang tertulis dibawah. Jangan lupa untuk minum & makan makanan ala Indonesia di Warung Bajet... :)


01) Likin - elo 1995
02) Leong - elo 1945
03) Sukiman - elo 1930
04) Bukhori - elo 1925
05) Tono - elo1920
06) Hakim - elo 1915
07) Afandi - elo 1900
08) Zubir - elo 1885
09) Zam - elo 1875
10) Rahman - elo 1825

Tempat: WARUNG BAJET, Jalan Manis 6, Taman Segar, Cheras 56100 Kuala Lumpur.



Saturday, December 6, 2008

Pertandingan Catur Bajet 6

Kelab Catur Bajet (KL) telah menganjurkan Pertandingan Catur Bajet 6 pada 6-12-2008 dengan 4 pusingan, system jumpa di Warung Bajet, Taman Segar, Cheras 56100 Kuala Lumpur. Walaupun Juara & Naib Juara Bajet 5 tidak mengambil bahagian, pemenang-pemenang naib juara 2 kali yang lalu iaitu Encik Sukiman & Encik Afandi gagal untuk mendapat gelaran Juara. Terdapat beberapa orang peserta baru yang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini dan berjaya mendapat gelaran tersebut. Dua peserta baru itu yang berjaya adalah peserta bernama Tono (elo1900) & NurHakim (elo1880). Peserta yang bernama Tono dan berasal dari Jawa Timur telah dapat merangkul gelaran Juara Catur Bajet 6 & seorang lagi peserta yang bernama Nurhakim juga dapat merangkul gelaran Naib-Juara Catur Bajet 6 yang baru saja berlangsung semalam.
Semoga taraf pertandingan catur meningkat lagi bagi pertandingan-pertandingan catur yang akan datang. Daftarlah segera, sekiranya ada tarikh pertandingan baru dan anda ingin mencuba mendapat gelaran Juara Catur!
Cuba Lagi!!!
Pendaftaran hanya RM5 sahaja!!!

Saturday, November 29, 2008

Keputusan P.Catur Bajet 5

Juara: Likin
dengan rating baru elo1995

Naib-Juara: Leong
dengan rating baru elo1945

Ketiga: Sukiman
dengan rating baru elo1915

Keempat: Zam
dengan rating baru elo1905

...:)

Wednesday, November 12, 2008

Pertandingan Catur Bajet 5

[4 Hadiah disediakan]

Hadiah Pertama: Wang Tunai RM50.00 (Juara)

Hadiah Kedua: Wang Tunai RM40.00 (Naib-Juara)

Hadiah Ketiga: Beg Sukan

Hadiah Keempat: Set Catur Baru

_____________________________________________________

Tempat: Warung Bajet, Taman Segar

Tarikh: 29-11-2008 (Sabtu)

Waktu: Jam 8:00 malam

System: Kalah Mati (wajib menang 2 set) ..

Undian: Cabutan Rambang

Peserta: 16 peserta

Daftar: Rm10.00 sahaja

_____________________________________________________

[Syarat-syarat dan Peraturan]

* Sekiranya tidak cukup peserta maka tarikh pertandingan akan ditunda.
* Keputusan undian mahupun juri adalah muktamad.
* Peserta tidak boleh menarik balik gerak setelah melepaskan buah catur.
* Sesiapa yang tidak hadir tidak boleh diganti peserta lain.
* Pertandingan ini terhad kepada 16 orang sahaja.
* Peserta dikehendaki menang 2 set untuk layak ke pusingan seterusnya.

:)

Keputusan Pertandingan Bajet 4

Juara: Likin (elo1960)
Menang 5 kali tanpa tewas!!!

Naib-Juara: Afandi (elo1910)
Menang 4 kali tewas 1 kali kepada Likin

Ketiga: Zam (elo1880)
Menang 3 kali tewas 2 kali dgn sb+16.5

Keempat: Bukhori (elo1870)
Menang 3 kali tewas 2 kali dgn sb+16.5

Thursday, October 30, 2008

Pertandingan Catur Bajet 4


Pertandingan Catur Bajet 4 akan diadakan pada 9hb November 2008 iaitu pada hari Ahad. Pertandingan ini akan diadakan pada waktu malam iaitu jam 8 malam dengan system sokolof 5 pusingan. Pendaftaran bermula sekarang dan anda hanya perlu bayar yuran daftar sebanyak rm5 sahaja.

Hadiah-hadiah menarik akan diberikan kepada 3 peserta terbaik. Jangan lepaskan peluang ini. Anda berpeluang melawan juara catur dari Medan dan Jawa Tengah, Indonesia. Adakah anda boleh menewaskan 2 peserta terhandal itu iaitu Likin & Sukiman???

Daftarlah sekarang!!!

Terima Kasih.

........ :P