Thursday, October 30, 2008

Pertandingan Catur Bajet 4


Pertandingan Catur Bajet 4 akan diadakan pada 9hb November 2008 iaitu pada hari Ahad. Pertandingan ini akan diadakan pada waktu malam iaitu jam 8 malam dengan system sokolof 5 pusingan. Pendaftaran bermula sekarang dan anda hanya perlu bayar yuran daftar sebanyak rm5 sahaja.

Hadiah-hadiah menarik akan diberikan kepada 3 peserta terbaik. Jangan lepaskan peluang ini. Anda berpeluang melawan juara catur dari Medan dan Jawa Tengah, Indonesia. Adakah anda boleh menewaskan 2 peserta terhandal itu iaitu Likin & Sukiman???

Daftarlah sekarang!!!

Terima Kasih.

........ :P

Sunday, October 26, 2008

Keputusan Pertandingan Catur Bajet 3


Tempat Pertama: Sukiman 4 mata
(Menang 4 kali tewas 1 kali)
& rating baru 1920

Tempat Kedua: Afandi 4 mata
(Menang 4 kali tewas 1 kali kepada Sukiman)
& rating baru 1870

Tempat Ketiga: Mukhlis 3 mata
(Menang 3 kali tewas 2 kali iaitu kepada Sukiman & Afandi)
& rating baru 1890

Dan yang lain-lain:-

Tempat Keempat: Fata 2 ½ mata
& rating baru 1850

Tempat Kelima: Aripin 2 ½ mata
& rating baru 1820

Thursday, October 16, 2008

Pertandingan Catur Bajet 3

Pertandingan Catur Bajet 3 akan diadakan pada 25 hb October 2008 di Warung Bajet, Taman Segar, Cheras 56100, Kuala Lumpur. Pertandingan ini diadakan untuk mencari Juara Catur Baru. Oleh kerana Juara Catur 2 kali iaitu Encik Likin tidak akan mengambil bahagian pada pertandingan kali ini. System yang digunakan adalah system solkolof atau system jumpa dengan 5 pusingan. Hadiah-hadiah menarik akan diberi kepada 3 peserta terbaik.

Jadual pertandingan adalah seperti berikut:-

Tempat: Warung Bajet, Taman Segar.

Tarikh: 25 hb October 2008.

Masa: Jam 8:00 petang/malam.

System: Solkolof 5 pusingan.

Peserta: tidak lebih daripada 16 orang.

Hadiah: Tempat Pertama hingga tempat ketiga.

Yuran Daftar: Rm5.00 sahaja.



Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil bahagian, sila hubungi saya di nombor ini Tel: 019-2031882 (AhLeong)

Sunday, October 5, 2008

Juara dan Naib Juara


Likin (1925) adalah Juara Catur Bajet 2 bagi pertandingan catur yang telah dilangsungkan pada 05-10-2008 jam 10:30 pagi. Beliau telah menewaskan Sukiman dalam pusingan akhir dengan keputusan 2-0.



Sukiman (1895) adalah Naib-Juara Bajet 2. Beliau tewas dalam set pertamanya dan dalam game keduanya beliau tewas lagi kepada lawannya.

Tahniah kepada Juara dan Naib-Juara...........!!!
Syabas!!

Pusingan Separuh Akhir

Empat peserta terbaik telah masuk ke pusingan Separuh Akhir.
Nama-nama mereka adalah Likin, Sukiman, Mukhlis dan Zam.
Gambar diatas adalah Mukhlis (1905). Beliau bertemu dengan Likin (1925) dalam pusingan separuh akhir dan menang dalam game pertamanya, tewas dalam game keduanya, remis dalam game ketiganya dan tewas lagi dalam game keempatnya.
Keputusannya (Mukhlis 1 1/2 vs. Likin 2 1/2).


Gambar diatas adalah Zam (1780). Beliau telah masuk ke pusingan separuh akhir setelah berjaya menewaskan 2 peserta bernama (Panjang 2 1/2-1/2) dan (Maskor 2-0). Beliau telah bertemu dengan Sukiman di pusingan separuh akhir dan tewas 0-2 kepada Sukiman (1895).
Tahniah kepada kesemua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini...
Terima kasih!!

Wednesday, October 1, 2008

Pertandingan Catur Bajet 2

Pertandingan Catur Bajet 2 yang juga dikenali sebagai Pertandingan Catur Hari Raya Puasa akan diadakan pada hari Ahad dan tarikh 05-10-2008.





Setiap peserta yang ingin bertanding perlu membayar yuran daftar sebanyak Rm5 ringgit seorang. Cabutan undian akan dilakukan untuk menentukan lawan masing-masing.



Setiap peserta perlu menang 2 set untuk layak ke pusingan seterusnya. Keputusan seri atau remis akan dikira sebagai 1/2 set. Jikalau ada peserta yang tidak hadir pada hari perlawanan, maka ianya dikira kalah tanpa bertanding.

Hadiah-hadiah menarik akan diberikan kepada 4 orang pemenang iaitu Juara Catur (Tempat Pertama), Naib-juara (Tempat Kedua), (Tempat Ketiga) dan juga (Tempat Keempat).

Tempat: Warung Bajet, iaitu @ Jalan Manis 6, Taman Segar, Cheras 56100, Kuala Lumpur.
Tarikh: 5hb October 2008 (Ahad).
Masa: Jam 10 Pagi.

Daftar: Rm5 sahaja, dan setiap peserta perlu daftarkan diri dahulu sebelum hari pertandingan...

Syarat: Terbuka kepada semua warganegara tempatan dan dari luar negeri...

System: Pertandingan ini mengunakan system lama iaitu system "Kalah Mati".


Hadiah-hadiah:-

Pertama; Baju Sejuk (Jacket) dan 1 topi Umbro.
Kedua; Baju Sukan dan 1 topi Umbro.
Ketiga; Beg Sukan jenama Samsung.
Keempat; Beg kasut.


Pertandingan ini dianjurkan oleh "Kelab Catur Bajet"
Laman web:- http://caturbajet.blogspot.com/
Sila hubungi nombor talipon ini untuk keterangan lanjut; h/p: 0192031882 (AhLeong)

Pertandingan ini terhad kepada 16 orang peserta sahaja, maka itu daftarlah sekarang !!!!!!!