Kelab Catur Bajet (KL) telah menganjurkan Pertandingan Catur Bajet 6 pada 6-12-2008 dengan 4 pusingan, system jumpa di Warung Bajet, Taman Segar, Cheras 56100 Kuala Lumpur. Walaupun Juara & Naib Juara Bajet 5 tidak mengambil bahagian, pemenang-pemenang naib juara 2 kali yang lalu iaitu Encik Sukiman & Encik Afandi gagal untuk mendapat gelaran Juara. Terdapat beberapa orang peserta baru yang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini dan berjaya mendapat gelaran tersebut. Dua peserta baru itu yang berjaya adalah peserta bernama Tono (elo1900) & NurHakim (elo1880). Peserta yang bernama Tono dan berasal dari Jawa Timur telah dapat merangkul gelaran Juara Catur Bajet 6 & seorang lagi peserta yang bernama Nurhakim juga dapat merangkul gelaran Naib-Juara Catur Bajet 6 yang baru saja berlangsung semalam.Semoga taraf pertandingan catur meningkat lagi bagi pertandingan-pertandingan catur yang akan datang. Daftarlah segera, sekiranya ada tarikh pertandingan baru dan anda ingin mencuba mendapat gelaran Juara Catur!
Cuba Lagi!!!
Pendaftaran hanya RM5 sahaja!!!

No comments:
Post a Comment