Thursday, September 4, 2008

Pertandingan Catur Bajet 1

Kelab Catur Bajet akan menganjurkan satu pertandingan catur iaitu Pertandingan Catur Bulan Ramadan (*juga dikenali sebagai Pertandingan Catur Bajet 1) di Warung Bajet, Taman Segar, Cheras pada hari Jumaat 05-09-2008, jam 8:30 malam iaitu selepas waktu berbuka puasa untuk orang-orang muslim.



Pertandingan ini diadakan untuk mencari Juara Catur Bajet 1. Seramai 16 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan catur ini. System yang digunakan adalah system 'Kalah Mati'. Cabutan undian akan diadakan pada jam 8:30 malam ini.

Presiden Kelab Catur iaitu Encik Madrasa telah bersetuju menjadi penganjur perlawanan ini. Memandangkan ini adalah pertandingan catur yang pertama di Taman Segar; yuran pendaftaran hanyalah RM3.00 sahaja bagi setiap peserta.

Hadiah-hadiah menarik akan diberikan kepada Juara Catur dan Naib-Juara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya
melalui e-mail :timlck@hotmail.com

Terima Kasih.
Setiausaha Kelab Catur Bajet

:)

No comments: