Saturday, December 6, 2008

Pertandingan Catur Bajet 6

Kelab Catur Bajet (KL) telah menganjurkan Pertandingan Catur Bajet 6 pada 6-12-2008 dengan 4 pusingan, system jumpa di Warung Bajet, Taman Segar, Cheras 56100 Kuala Lumpur. Walaupun Juara & Naib Juara Bajet 5 tidak mengambil bahagian, pemenang-pemenang naib juara 2 kali yang lalu iaitu Encik Sukiman & Encik Afandi gagal untuk mendapat gelaran Juara. Terdapat beberapa orang peserta baru yang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini dan berjaya mendapat gelaran tersebut. Dua peserta baru itu yang berjaya adalah peserta bernama Tono (elo1900) & NurHakim (elo1880). Peserta yang bernama Tono dan berasal dari Jawa Timur telah dapat merangkul gelaran Juara Catur Bajet 6 & seorang lagi peserta yang bernama Nurhakim juga dapat merangkul gelaran Naib-Juara Catur Bajet 6 yang baru saja berlangsung semalam.
Semoga taraf pertandingan catur meningkat lagi bagi pertandingan-pertandingan catur yang akan datang. Daftarlah segera, sekiranya ada tarikh pertandingan baru dan anda ingin mencuba mendapat gelaran Juara Catur!
Cuba Lagi!!!
Pendaftaran hanya RM5 sahaja!!!

Saturday, November 29, 2008

Keputusan P.Catur Bajet 5

Juara: Likin
dengan rating baru elo1995

Naib-Juara: Leong
dengan rating baru elo1945

Ketiga: Sukiman
dengan rating baru elo1915

Keempat: Zam
dengan rating baru elo1905

...:)

Wednesday, November 12, 2008

Pertandingan Catur Bajet 5

[4 Hadiah disediakan]

Hadiah Pertama: Wang Tunai RM50.00 (Juara)

Hadiah Kedua: Wang Tunai RM40.00 (Naib-Juara)

Hadiah Ketiga: Beg Sukan

Hadiah Keempat: Set Catur Baru

_____________________________________________________

Tempat: Warung Bajet, Taman Segar

Tarikh: 29-11-2008 (Sabtu)

Waktu: Jam 8:00 malam

System: Kalah Mati (wajib menang 2 set) ..

Undian: Cabutan Rambang

Peserta: 16 peserta

Daftar: Rm10.00 sahaja

_____________________________________________________

[Syarat-syarat dan Peraturan]

* Sekiranya tidak cukup peserta maka tarikh pertandingan akan ditunda.
* Keputusan undian mahupun juri adalah muktamad.
* Peserta tidak boleh menarik balik gerak setelah melepaskan buah catur.
* Sesiapa yang tidak hadir tidak boleh diganti peserta lain.
* Pertandingan ini terhad kepada 16 orang sahaja.
* Peserta dikehendaki menang 2 set untuk layak ke pusingan seterusnya.

:)

Keputusan Pertandingan Bajet 4

Juara: Likin (elo1960)
Menang 5 kali tanpa tewas!!!

Naib-Juara: Afandi (elo1910)
Menang 4 kali tewas 1 kali kepada Likin

Ketiga: Zam (elo1880)
Menang 3 kali tewas 2 kali dgn sb+16.5

Keempat: Bukhori (elo1870)
Menang 3 kali tewas 2 kali dgn sb+16.5

Thursday, October 30, 2008

Pertandingan Catur Bajet 4


Pertandingan Catur Bajet 4 akan diadakan pada 9hb November 2008 iaitu pada hari Ahad. Pertandingan ini akan diadakan pada waktu malam iaitu jam 8 malam dengan system sokolof 5 pusingan. Pendaftaran bermula sekarang dan anda hanya perlu bayar yuran daftar sebanyak rm5 sahaja.

Hadiah-hadiah menarik akan diberikan kepada 3 peserta terbaik. Jangan lepaskan peluang ini. Anda berpeluang melawan juara catur dari Medan dan Jawa Tengah, Indonesia. Adakah anda boleh menewaskan 2 peserta terhandal itu iaitu Likin & Sukiman???

Daftarlah sekarang!!!

Terima Kasih.

........ :P

Sunday, October 26, 2008

Keputusan Pertandingan Catur Bajet 3


Tempat Pertama: Sukiman 4 mata
(Menang 4 kali tewas 1 kali)
& rating baru 1920

Tempat Kedua: Afandi 4 mata
(Menang 4 kali tewas 1 kali kepada Sukiman)
& rating baru 1870

Tempat Ketiga: Mukhlis 3 mata
(Menang 3 kali tewas 2 kali iaitu kepada Sukiman & Afandi)
& rating baru 1890

Dan yang lain-lain:-

Tempat Keempat: Fata 2 ½ mata
& rating baru 1850

Tempat Kelima: Aripin 2 ½ mata
& rating baru 1820

Thursday, October 16, 2008

Pertandingan Catur Bajet 3

Pertandingan Catur Bajet 3 akan diadakan pada 25 hb October 2008 di Warung Bajet, Taman Segar, Cheras 56100, Kuala Lumpur. Pertandingan ini diadakan untuk mencari Juara Catur Baru. Oleh kerana Juara Catur 2 kali iaitu Encik Likin tidak akan mengambil bahagian pada pertandingan kali ini. System yang digunakan adalah system solkolof atau system jumpa dengan 5 pusingan. Hadiah-hadiah menarik akan diberi kepada 3 peserta terbaik.

Jadual pertandingan adalah seperti berikut:-

Tempat: Warung Bajet, Taman Segar.

Tarikh: 25 hb October 2008.

Masa: Jam 8:00 petang/malam.

System: Solkolof 5 pusingan.

Peserta: tidak lebih daripada 16 orang.

Hadiah: Tempat Pertama hingga tempat ketiga.

Yuran Daftar: Rm5.00 sahaja.



Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil bahagian, sila hubungi saya di nombor ini Tel: 019-2031882 (AhLeong)